Waktu masih cuti bersalin ni ada juga masa terluang.. jadi untuk melepaskan ke'boring'an ita ambil gambar anak- anak yang tersayang... gambar fathnin terbaru pun lama tak upload dalam FP ni.. ini gambar fathnin yang terbaru.. sekarang dia dah berumur 2 tahun 9 bulan. Lasak, bijak bercakap dan kadang-kadang sampai mama tak larat nak layan.. bila jumpa orang lain, fathnin ini pemalu tak nak pula cakap banyak... fateh pula cool je orangnya... setakat ni alhamdulilah tak banyak kerenah.. rutin harian minum susu, tidur.. dan senyum sorang-sorang... mama rasa sejuk sangat tengok muka dia..anyway rasa happy sangat diberikan kesempatan menjadi ibu dan dianugerahkan anak-anak seperti fathnin dan fateh.